Tuesday, August 24, 2010

Rahsiaku dengan-Mu..

Alhamdulillah..telah lama tidak mencoret sesuatu. Kini hampir  separuh Ramadhan berlalu meninggalkan kita..sebagai hambaNya..untuk melaksanakan kebaikan..hanya Dia sahaja yang layak menilainya..kewajipan ini menuntut kita jadikan madarasah Ramadhan ini sebagai memperbaiki hubungan diplomasi kita dengan Allah Taala. Dan moga-moga menjadikan kita hamba yang muttaqin. Benarlah di dalam firmanNya di dalam ayat 183 daripada surah al-Baqarah:


Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.

Hubungan diplomasi dengan Allah Taala lah yang paling utama berbanding yang lainnya. Dan  sewajibnya menjadikan kita berusaha melipat-gandakan apa jua bentuk maaruf di bulan yang penuh barakah ini. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita nikmati walaupun kita berbeza usia. Moga-moga Allah Taala melimpahkan rahmat,maghfirah dan barakah di bulan Ramadhan ini..wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

salam...bertanya2lah tentang makna kata "inilah ramadhan terakhir walaupon kita berbeza usia" ada makna yang implisit dan perlu tafsiran@huraian..

Samira Abdul Rashid said...

wksmlm...ia tidak bermaksud apa2..ini hanya peringatan kepada diri ini dan semua..kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada-Nya..kita hanya mampu berdoa agar memperoleh yang terbaik di dalam kehidupan ini..setuju tak abah?

Post a Comment