Tuesday, August 24, 2010

Rahsiaku dengan-Mu..

Alhamdulillah..telah lama tidak mencoret sesuatu. Kini hampir  separuh Ramadhan berlalu meninggalkan kita..sebagai hambaNya..untuk melaksanakan kebaikan..hanya Dia sahaja yang layak menilainya..kewajipan ini menuntut kita jadikan madarasah Ramadhan ini sebagai memperbaiki hubungan diplomasi kita dengan Allah Taala. Dan moga-moga menjadikan kita hamba yang muttaqin. Benarlah di dalam firmanNya di dalam ayat 183 daripada surah al-Baqarah:


Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.

Hubungan diplomasi dengan Allah Taala lah yang paling utama berbanding yang lainnya. Dan  sewajibnya menjadikan kita berusaha melipat-gandakan apa jua bentuk maaruf di bulan yang penuh barakah ini. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita nikmati walaupun kita berbeza usia. Moga-moga Allah Taala melimpahkan rahmat,maghfirah dan barakah di bulan Ramadhan ini..wallahualam..

Friday, July 23, 2010

Kelebihan Puasa Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban



Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Thursday, June 24, 2010

Secreto de Pizza...

Erm...apa kata survey...

Salam semua..erm..sejak jadi surirumah sepenuh masa ni..kita kna kreatif..Tiba2 terasa nak makan pizza lah...menarik tentang Secreto de Pizza ni:
  1. Setelah 10thn...doh ni ok skit..kira agak lembut..
  2. Antara bahan asas adalah daun selasih ( Basil dlm English..). Pokok Selasih ni baru2 ni tiba2 tumbuh depan rumah...myb benihnya dibawa oleh burung @angin lalu...Subhanallah
  3. Sos pizza ni dibuat sendiri...secret recipe...caya tak?....aiwah..
  4. Salah satu jenis cheese yang digunakan..adalah Feta Cheese..dari Saudi Arabia..Waktu di Madinah.terasa nak rasa lah cheese Arab ni...so, belilah ada kedai kecil kat bawah Hotel Syarq Manazeli...just try n test...tp cheese ni agak pahit n masam...(halal)..
  5. Last sekali...ayah ibu kata...jom kita buat lagi..kat kampung... nak balik Melaka...
 Ok...ni sahaja...nanti kita hantar pizza ni untuk keluarga di JB...dan someone di Cairo tu..ilal liqa;.wassalam

"Cook is Fun"

Sunday, May 30, 2010

Umrah Pertama....2010


Umat Islam baru pulang dari Solat Jumaat...ramainya..

Gambar ini diambil ketika sesi lawatan sekitar Masjidil Haram yang dikendalikan oleh pelajar Universiti Ummul Qurra..bersama pelajar UTM..
Kaabah di malam Khamis..

Telaga Cincin yang berdekatan dengan Masjid Quba'..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Allah Taala..dengan limpah kurniaNya..kita masih dipinjamkan nyawa oleh Yang Maha Agung..Bismillahi Allahu Akbar..Allahu Akbar..Setelah beberapa hari pulang dari Tanah Haram..terasa rindu pula..untuk kembali lagi ke sana..inshaAllah..ada rezeki..mudah-mudahan..dan saya pasti sahabat-sahabat yang bersama Ekspedisi Arab Saudi (Es-Globe UTM 2010). Ekspedisi ini bermula 15 Mei hingga 25 Mei 2010....hanya linangan airmata apabila dapat melihat cahaya Masjid Nabawi dan Baitullah..jutaan terima kasih kepada semua individu yang sudi menyumbang kepada program ini..hanya Allah yang layak membalasnya..di sini saya ada sertakan beberapa gambar untuk tatapan bersama..mudah-mudahan ada manfaatnya..

Syukurku padaMu memilih diri ini menjadi tetamuMu...semoga kita semua akan berpeluang lagi untuk menjadi tetamuNya lagi..ameen..

Friday, May 7, 2010

The Arrivals...


Salam..entri kali ini ingin dikongsi..wakeuproject.com yang menceritakan tentang dunia akhir zaman serta tipu muslihat dajjal, syaitan dan kuncu-kuncunya...cuma sekarang belum kesempatan untuk habiskan semua siri...tengah tunggu seseorang tu nak bagi semua siri katanya. (bila la tu..hi..).apapun semoga ada manfaatnya bagi kita semua..mudah2an

Thursday, May 6, 2010

My Amazing Mothers....



 Salam..daku hampir terlupa akan hari Ibu pada 9 Mei ini..dan entri khas ini kutujukan kepada ibuku,Puan Hadijah binti Said  dan mama(bakal ibu mertuaku),Puan Abidah binti Murat..kalian adalah insan teristimewa di dunia ini bagi diriku ..tiada terkata pengorbanan kalian terhadap kami yang bergelar anak-anak..berkorban apa saja demi anak-anak tercinta..andai diri ini telah sengaja atau tidak sengaja melukai hati kalian..ampunkanlah daku..kudoakan agar Allah memberikan kesihatan yang baik, memurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati Allah di dunia dan akhirat..ameen Ya Rabb...Salam sayang untuk ibu dan mama..Selamat Hari Ibu..kuucapkan..kata-kata  ini kutujukan buat kalian berdua..

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…
After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing

Tuesday, May 4, 2010

Taman Firdausi...




Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang diberikan..sebagai hamba Allah sewajibnya kita berusaha untuk mencapai mardhatillah...di dunia dan akhirat. Tetapi bukan mudah kerana ianya memerlukan usaha yang berlipat ganda dan berterusan..Fastaqim kama umirta..kita hanya insan biasa yang lemah tetapi kita memiliki Pencipta Yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat, Allah Taala...untuk kita meneruskan kehidupan kita..dan impian kita adalah Taman Firdausi..ameen Ya Rabb..semoga Allah Taala mengampuni diri kita, ibu bapa kita , orang yang kita sayang, saudara mara, guru-guru kita dan seluruh umat Islam ameen..

Monday, May 3, 2010

Moga kita semua dipilih menjadi tetamuNya, ameen...


labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak

wahai Allah
kami datang memenuhi panggilanMu
tiadalah sekutu untukMu
segala puji dan kuasa untukMu

kami meraba tanpa cahaya
kami yang lupa hina dan papa
di hadapanMu yang Maha Indah
di hadapanMu yang Maha Mulia

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak

Saturday, May 1, 2010

R.E.D.H.A ........

Salam...alhamdulillah..lama juga tidak mencoret sesuatu..di blog ini..ya semuanya sudah ditakdirkan..delegasi kami tidak dapat ke Kaherah, Mesir dengan alasan visa kami tidak dapat disiapkan pada 4 Mei 2010..namun kami redha atas ketentuanNya...tetapi di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu..flight kami ditunda pada 15 Mei 2010 dan jam 3.15 ptg kami terus berlepas ke Jeddah... Kuharap Allah memudahkan segala urusan dan moga2 daku dan semua akan dipilih menjadi tetamuNya...ameen..

Sunday, April 25, 2010

Nak letak mana ye pasu ni...

Salam semua..blog ini agak lama menyepi..tidak berniat untuk menyepi..tapi ada perkara harus dilunasi..(jawapan kpd abah)..dalam pencarian dana ke Saudi dan Mesir..banyak yang harus kita korbankan..dan ini adalah salah satu tarbiyyah juga pada ahli group 28..group kami ditugaskan untuk membersihkan rumah staf UTM..kami telah ke Perling dan Sri Pulai..banyak yang kami belajar sewaktu aktiviti amal ini..bagaimana generic skill, soft skill...dan semua skill2 belaka..dan kami telah berkongsi dengan staf, En Hasan dan Pn Bibi bahawa mereka telah pun mengalami apa yang kami lakukan...(mencari dana ke Global Outreach)..tp ya..ini bukan sekadar perjalanan biasa-biasa....ini adalah perjalanan rohani..perjalanan spiritual..jadi pelbagai sudut harus dilihat  bisik hatiku..alhamdulillah..

Rumah kedua kami..meng"create" landskap pasu-pasu  di sebuah rumah di Sri Pulai..em..bukan mudah ye..nak memikirkan kedudukan pasu supaya nampak menarik..tapi kami seronok dan bahagia...pasu yang besar..sederhana kecil..dan pasu yang tergantung..alhamdulillah..pengalaman..apapun..rabbuna yusahhil...pada malam ni pula ada forum amal di Masjid Pulai Perdana oleh Dr Hj. Ismail Mustari, Dr Azhar Muhammad dan moderator Ustaz Kamarul Azmi Jasmi...jom kita berforum..wassalam


Tuesday, April 13, 2010

Inikah petanda...

Di malam ini...hadir bintang yang terang..memancar di dada langit..menyaksikan ragam kami..sungguh indah malam ini..tapi adakah ia akan berterusan? Hati ini semakin sayu..hari demi hari kami menghitung..di bumi berkat..tempat kami menimba ilmu ini...tetapi di dalam kalbu siapa yang tahu..sungguh indah hari ini...sungguh indah ukhuwah yang dibina ini..pasti dipahat setiap hati kami..moga Engkau Redhai ukhuwah ini...ameen.. inikah petanda Rahmatmu..nuraniku mulai menangis...

Khas buatmu akhawat...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

*kutujukan lagu ini buat semua sahabat seperjuangan tersayang..yang bergelar wanita..

Saturday, April 3, 2010

Kejayaan yang kudamba...

Alhamdulillah..selesai presentation..kini kami di dalam mode final exam...terasa jari jemari ini ingin kucoret dua kata...pengalaman presentation PSM..byk sekali kenangan dan memori untuk kami ingati hingga kini...waktu ini...bercerita dan terus bercerita bersama sahabat2...duka dan ria..kenangan ini milik kami bersama..tinggal beberapa hari lagi..kami bersama..peperiksaan terakhir barangkali di sem 8, bermula 5 April hingga 21 April..ini sem terakhir kami..akan ku abadikan kenangan...ini di Bumi UTM...4 tahun kami bertatih ..belajar langkah demi langkah...kenal erti pengorbanan..persahabatan dan perjuangan...dan kini kudambakan kejayaan...dari-Mu..untuk diri ini dan juga semua sahabat-sahabat...ameen...Ya Rabbal Alamin....

Tuesday, March 30, 2010

Edit dan touch-up..

Salamualaikum..Kembali lagi di alam maya..setelah 2 sem..hari yang dinanti semakin menghampiri..kami kini sedang meng"edit" and touch-up slaid..untuk perbentangan..PSM..adalah tiket untuk grad..jadi, kami akan buat yang terbaik..apa pun yang berlaku di dalam bilik perbentangan nanti..moga2 semuanya dalam baik2 sahaja..mudah2an..

 sentuhan terakhir....

Setelah hantar tesis..ust.Ramli bertanya,"Em..apa perasaan setelah selesai buat PSM ni.. ?"..Diri ini hanya mampu tersenyum tanda lelah dan gembira..alhamdulillah..Bukan mudah untuk senang di hari kemudian..banyak ujian dan dugaan yang akan kita lalui untuk perjuangan di hari mendatang..segalanya bermula dengan persediaan diri kita..semoga Allah Taala memberi petunjuk dan hidayah kepada diri ini dan sahabat2 dan  semua..inshaAllah..em..ok, nak sambung buat slaid..ilal liqa'..wassalam..

Saturday, March 27, 2010

9.50 a.m...


Nama Pembentang: Samira binti Abdul Rashid

Tajuk: Rukyatullah Menurut Pandangan Ulama Kalam

Tarikh: 1 April 2010

Masa: 9.50 a.m

Friday, March 19, 2010

1 April 2010...Hari yang dinanti..

Alhamdulillah..nama penilai viva sudahku terima iaitu:
  • Ustaz Azmisyah bin Suratman (tapi sebelum ni...ustaz...hu, seramnye..)
  • Dr. Mohd Ismail bin Musytari
Apapun..inshaAllah..daku akan lakukan yang terbaik dan rabbuna yusahhil untuk diriku dan semua sahabat2 perjuangan..ameen..inshaAllah..

Tajuk                    : Rukyatullah menurut ulama Kalam
Nama Penyelia     : PM Dr. Ramli bin Awang
 ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hujah Ulama Kalam mengenai Rukyatullah. Aspek yang dikaji adalah berkaitan konsep Rukyatullah menurut ulama Kalam samaada Allah boleh atau tidak boleh dilihat di dunia atau di akhirat. Pandangan ulama Kalam dibataskan kepada tiga aliran: iaitu ulama Asya  'irah (Ahli Sunnah Wal Jamaah), Muktazilah dan Syiah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metodologi pengumpulan dan analisis data. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasikan secara sistematik hujah atau alasan ulama Kalam tentang Rukyatullah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada nas yang qat’i mengenai melihat Allah. Sementara Ulama Kalam berselisih pendapat mengenainya. Ahli Kalam Sunni menetapkan kemungkinan Allah boleh dilihat di dunia dan boleh  dilihat dengan mata kepala ketika di akhirat (syurga), manakala ahli Kalam Muktazilah dan Syiah menafikan Allah boleh dilihat sama ada di dunia ataupun di akhirat. Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Muslimin bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kaitan ilmu pemikiran Islam dengan perkembangan akidah serta dapat menjadi rujukan kepada pendakwah. Selain dapat menambahkan khazanah pemikiran intelektual islam dalam kalangan umat.

Wednesday, March 17, 2010

PSM oh PSM...

sikit lagi ke garisan penamat....

Sayonara B.I.G..



Salam..semua..B.I.G telah pun tamat tadi..alhamdulillah..lega rasanya..em..B.I.G merupakan aktiviti outdoor yang menjadi syarat untuk  untuk grad di fakulti Pendidikan..sahabat2..kami semua berpuas hati..em, bagi hati yang ikhlas..bagi pandangan penulis BIG ini adalah perkongsian Ilmu outdoor dan perkhemahan. Ianya bermanfaat apabila kita dipostingkan di mana-mana nanti inshaAllah..Sebagai bakal asatizah, inshaAllah kita anggap ini sebagai ilmu tambahan..mudah2an..dan ada juga beberapa perkara kurang  enak didengar apabila kita membincangkan aktiviti outdoor ini antaranya perlaksanaan solat di kalangan peserta..muamalat dan sebagainya..ini sebagai iktibar untuk diri penulis juga.  Antara aktiviti yang dijalankan:
  • Membangunkan khemah
  • Memasak telur  menggunakan tanah
  • Cara penggunaan kompas...(cari arah kiblat (arah kiblat adalah 290 darjah))
  • Berkayak
  • Explorace
  • Night walk 
Sekadar perkongsian, wallahualam

Saturday, March 13, 2010

Kepegawaian Olahraga...

 Semangat waja...(sahabatku, alina)

Kembali lagi..baru habis praktikal kepegawaian olahraga..dari jam 8.30-12.00pm...seronok juga..belajar olahraga..pas baton..bersama  sahabat-sahabat..teringat di zaman sekolah rendah dulu..lari 100m..ada juga kadang2 menang..alhamdulillah..di samping tu kami belajar lontar peluru, rejam lembing, dan lontar cakera..cuaca agak panas hari ni..Lela kata mukaku ini semakin gelap..

 Penulis sebenarnya agak minat dengan aktiviti outdoor ni...ye, kita perlu jaga kesihatan untuk persediaan di hari tua..cuma kadang2 tu agak kurang rajin dan sebagainya..tapi..apa yang penting..kita perlu jaga pemakanan kita..sayur-sayuran, buah-buahan..dll..
 Em..sekarang nak bersiap untuk camping esok..pasti menarik..moga2 penulis dan sahabat-sahabat dapat belajar sesuatu yang bermanfaat..di kem Kolej Tun Razak, UTM....inshaAllah...ilal liqa'..wassalam

Friday, March 12, 2010

Wahai isteri...bersabarlah..


Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri
.
Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis.
“Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.”
“Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.”
Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.”
Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim maka berputarlah alat penggiling itu atas izin Allah. Beliau terus memasukkan biji-bijian itu sementara alat penggiling terus berputar sendiri, sambil memuji Allah dengan bahasa yang tidak dipahami manusia. Alat penggiling itu terus berjalan sampai biji-bijian itu habis.

Rasulullah saw berkata kepada alat penggiling itu, “Berhentilah atas izin Allah.” Seketika alat penggiling itu pun berhenti. Beliau berkata sambil membacakan ayat Al-Quran, 

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, dan mereka selalu mengerjakan segala yang diperintahkan.”                                                           (Surah At-Tahrim:6)

Merasa takut jika menjadi batu yang kelak masuk neraka, tiba-tiba batu itu bisa berbicara atas izin Allah. Ia berbicara dengan bahasa Arab yang fasih. Selanjutnya batu itu berkata, “Ya Rasulullah, demi Zat Yang Mengutusmu dengan hak menjadi Nabi dan Rasul, seandainya engkau perintahkan aku untuk menggiling biji-bijian yang ada di seluruh Timur dan Barat, pastilah akan kugiling semuanya.”

Nabi saw bersabda, “Hai Batu, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu termasuk batu yang kelak dipergunakan untuk membangun gedung Fatimah di syurga.” Seketika itu batu penggiling bergembira dan berhenti.

Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu. Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.
  • Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta. Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahalaorang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.
  • Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat. Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”
  • Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan,dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”
  • Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkankeampunan untuknya hingga kiamat.”
  • “Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”
  • Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, `Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampunidosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.
  • ”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.
 Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirath. Sekadar perkongsian...wallahualam.

    sumber: http://www.fitrahpower.com/siri-tauladan/wahai-isteribersabarlah-2

    Bina Insan Guru....12-17 Mac 2010...



    Salam semua..hari ini semua pelajar Fakulti Pendidikan UTM wajib utk menghadiri Bina Insan Guru..program ini bermula 12 hb-17hb Mac 2010..bertempat di UTM, Skudai..tapi yang seronoknya..aktiviti "camping" akan bermula pada 15hb hinggalah 17hb..dgr2nye..agak mencabar..kita nantikan..semalam dan hari ni sesi ceramah tentang olahraga..ye, even kita bakal ustaz dan ustazah, guru sains atau matematik..ilmu olahraga...wajib diterapkan sebagai persediaan di sekolah nanti..pihak kementerian mengatakan bahawa guru-guru baru dipostingkan ini tidak pandai uruskan kejohanan sukan dan sebagainya..di samping itu, kami juga di ajar membuat kertas kerja yang betul.. dan lain-lain lagi..


    Em, bukan mudah untuk jadi guru..tapi penulis pasti..ada di kalangan sahabat2..yang tidak bercita-cita pun untuk menjadi guru..mungkin ingin bisnes, jadi lecturer dan sebagainya..terpulang pada diri masing-masing..untuk membuat pilihan..dan kepada sahabat2 yang bersedia menjadi bakal guru didoakan antum semua menjadi bukan sahaja seorang guru tetapi seorang pendidik..untuk genarasi akan datang ..wallahulam..

    Thursday, March 11, 2010

    Sanggup kamu meminang dia???....




    "Sanggup kamu meminang dia?"Tanya ust yang mengajar subjek quran wa hadis ahkam...teringat daku akan kelas kami tempoh hari..tajuk perbentangan adalah perkahwinan...ustaz bertanya sedemikian kerana...kami mempersoalkan.."perigi cari timba"...apabila part yang hangat ketika perbentangan "Jangan membujang"...hui..mcm2 persoalan diajukan...bile menyebut tentang perkahwinan...dan jodoh..ianya bukan mudah.....ada yang berpandangan dalam hal ini.....seharusnya kita meletakkan "TAWAKAL kepada ALLAH" mengatasi segalanya..ya..penulis bersetuju dengan pandangan tersebut...


    Dan kesimpulan daripada perbentangan tersebut...adalah seharusnya setiap individu Muslim..mempersiapkan diri masing-masing dengan untuk berdepan dengan hari-hari mendatang seperti ibadah, akhlak dan rasa ketauhidan terhadap Allah Taala yang tinggi...kerana perkahwinan bukan ibadah semata-mata ia juga adalah satu perjuangan yang akan kita tempuh di hari mendatang..wallahualam

    Monday, March 8, 2010

    Menghitung Hari...29hb MAC 2010

     adam pun pakai baju hitam...
     
    Hari ini 8 mac 2010...alhamdulillah baru tadi kami sekelas ambil gambar..dengan baju kelas (black n white)..begitu pantas masa berlalu..meninggalkan kami..bersama2 di Tahun 1..Minggu Haluan Siswa yang bermula pada 6 Julai 2006.. indahnya kenangan bersama..pejam celik..sudah 4 tahun kami di bumi UTM..terlalu banyak kenangan bersama..yang manis mahupun pahit...dan pada waktu ini..kami bersama berhempas pulas menyiapkan Projek Sarjana Muda...ada yang buat metodologi kajian kualitatif dan ada yang buat kuantitatif..terpulang kepada minat masing-masing...tapi..apa yang penting..adalah kefahaman kita terhadap apa yang kita buat dan kejayaannya adalah apabila orang bertanya kita mampu memberi jawapan dengan terbaik..


    InshaAllah..29hb ni akan di ada sesi perbentangan berdepan dengan 2 orang penilai..em..ada yang berpendapat lecturer yang syadid2 ni..memang kena hentam nanti..tapi..markah dia bagi baik..wallahualam..semoga kita bersama2 berusaha mempersembahkan yang terbaik..untuk diri, keluarga, masyarakat dan Islam...mudah2an Allah mudahkan segalanya...sahabat2ku sekalian...teruskan perjuangan!!! kita masih ada masa lagi..semoga Allah memberkati Ilmu yang dipinjamkan olehNya...ameen..wallahualam

    Friday, March 5, 2010

    Kasihku padamu...


    Menu 1-Tomyam  Mak Jah ( saya (konon je..) dan ibu...masak .(Johan pertandingan memasak Jabatan Pertanian 2009..he)
    Menu 2: Ayam  Paprik Idaman...menyelerakan tak?
    Ibu...nama yang sering disebut..bila sahaja seorang anak menyebut nama ini..akan getar hatinya..kerana terkenangkan  jasa dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingnya. Adakah semua anak akan merasa begini pada ibunya..Tapi sejauh mana hati kita mampu memberi yang terbaik setiap perkara yang kita lakukan untuk ibu atau mama atau mak kita? Alhamdulillah..seharusnya kita harus bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana kita dikurniakan seorang ibu untuk kita menumpang kasih..Mungkin ada insan yang tidak berpeluang sebagaimana nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... ya..ada.. Masih teringat lagi ketika diri ini waktu kecil..ibuku seorang surirumah..aku di darjah 1..aku tidak mahu ke sekolah kerana aku berpuasa..terasa amat letih dengan tubuh kecilku ketika itu..tetapi ibuku yang memberi semangat untuk ke sekolah di bawah matahari yang terik..kami bersama menyusur jalan..sambil ibuku membawakan payung dan mendukung adikku yang kecil..waktu itu..semoga Allah merahmatimu..Ibu..Banyak kenangan bersama ibu..akan aku ceritakan lagi..kepada insan yang kucintai nanti..wallahualam..

    Fastaqim Kama Umirta...







    Salam semua..setelah sekian lama..terasa jari ini ingin mencoret sesuatu..entri kali ini diri ini ingin tujukan kepada sekolahku tersayang.. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor..kenapa ye nak cerita tentang sekolah yang lama kutinggalkan? mungkin rindu biah di sana..ustaz dan ustazah yang caring..dan sahabat2 seperjuangan..em..terutamanya 6 Atas 1...kelas STAM..kami di kelas 13 orang  sahaja..bila ye dapat bertemu kembali.?ustazah Aina Sabariah selalu tanya tentang hal depa.."Samira..pulan si pulan..apa khabar?..sihat ke dia..?" macam-macam..soalan..mungkin ustazah rindu dengan kami tiga belasan ini..buat warga pendidik KISAS yang kami kasihi..doakan kami dalam istiqamah menuntut Ilmu serta dapat berbakti kepada  Islam dan masyarakat.  

    Kenangan di KISAS adalah antara kenangan yang manis. Tapi bagaimana pula sahabatku yang 12 lagi? Harap mereka pun begitu... Buat sahabat x-6A1..Syifa', Putri dan 10 muslimin..salam perjuangan...for the sake of Allah..

    Thursday, February 18, 2010

    Kudamba Kasihmu....Ya Rabb..




    Assalamualaikum..agak lama diriku menyepi untuk mencoretkan sesuatu di blogku ini. Entri ini kuingin mengimbau kembali..waktu sekolah dulu diriku amat suka dengan lagu-lagu ketuhanan..amat mendamaikan jiwa..kini..oh..sepatutnya dengan lagu-lagu nasyid ini akan menginsafkan kita..Daku tersentuh bila mendengar lagu "Destinasi Cinta" oleh kumpulan Mestica..antara bait-bait lagu ini yang menyentuh hati dan jiwa...


    Destinasi cinta yang ku cari..
    Sebenarnya terlalu hampir..

    Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...
    Telah ku redah daerah cinta
    Yang lahir dari wadah yang alpa
    Tiada tenang ku temui
    Hanya kecewa menyelubungi..


    Terkadang diri ini alpa, lalai dan sebagainya. Hamba kerdil yang terlalu leka dengan duniawi...Ya Allah..ampuni dosaku dan dosa insan yang kusayang..terkadang juga diri ini amat rindukan Allah Taala..bagaimanakah diri ini ingin bertemu denganMu.sedangkan diriku tiada persediaan... Ya Allah..
     
    Meskiku rapuh..
    Dalam langkah..kadang tak setia kepadaMu
    namun cinta dalam jiwa
    hanyala padaMu...
     
    Maafkanlah...
    bila hati tak sempurna mencintaimu
    dalam dada kuharap hanya
    diriMu yang bertakhta..
     
    (Opick: Rapuh)
     
    Ya Allah..ampunilah dosaku dan dosa-dosa seluruh umat Islam..ameen..Allah Segalanya...

    Thursday, February 4, 2010

    Tanah Haram......



    Salam semua..agak lama penulis tidak meng"update" blog ini..keterbatasan waktu sebagai mahasiswa..mungkin dijadikan sebagai alasan..em..penulis baru membantu seorang membuat slaid power point tentang haji dan umrah...bila diingat kembali..teringat penulis..pada seorang ustaz yang menyebut tentang perkahwinan..sewajibnya..ibadah haji wajib dilaksanakan ..kemudian barulah boleh nikah...dengan alasan rukun Islam telah pun dilaksanakan..itu mungkin  pendapat beliau..mendengar tidak bermaksud menerima...tapi..mungkin ada betulnya..wallahualam

    Bila menyebut tentang umrah dan haji...kita akan teringat bahawa kita ingin menyimpan kewangan untuk melaksanakan umrah atau haji di usia tua..seharusnya muslim sejati akan memasang keinginan untuk melaksanakannya pada usia yang muda. Dari sekaranglah kita mula memikirkan serta membuat target untuk ke menjadi tetamu Allah...dan sudah pasti semua ini memerlukan usaha dan doa secara istiqamah..

    Menjadi tetamu Allah..impian setiap yang bergelar hamba Allah. Rasa syukur menjadi tetamu yang dipilih oleh Allah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum kita berpijak di Tanah Haram..ianya bermula kita berniat di tempat tinggal kita..persediaan fizikal dan mental menuntut kita terus kuat  di sana nanti..akhir kata...penulis berdoa kepada diri dan sahabat-sahabat dapat menjadi tetamu Allah satu hari yang ditetapkan oleh-Nya..ameen

    Saturday, January 23, 2010

    Irhamna..Ya Allah





    Tinggi menggunung dosa-dosaku
    Bertambah tinggi semakin hari
    Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
    Selalu saja datang menghampiri

    Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
    Segala salah adalah milik kita
    Segala puji hanya bagiMu
    Lautan ampunan kasih sayangMu


    Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
    Hanya padaMu hati ini berharap
    Irhamna ya Alloh ya Rohman ya Rohim


    Kasihanilah kami
    Ampunilah kami
    Selamatkanlah kami
    Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
    Segala salah adalah milik kita
    Irhamna ya allah ya rahman ya rahim


    Ya Allah ya Rahman ya Allah ya Rahim
    Ya Allah...

    (lagu favourite..): OpIck..




    Cinta itu sekali berputik, selamanya ada ...






    Penulis terjumpa artikel ini dari blogspot Ustaz Erfino ..ianya mungkin boleh kita kongsikan bersama..mudah-mudahan ada manfaatnya..


    Sesungguhnya cinta itu, sekali ia hadir dihati, ia tidak akan hilang. Pelbagai perumpaan diberikan untuk suami isteri..Dalam pelbagai bentuk perumpamaan yang boleh diutarakan, Quran mengajukan konsep pakaian. Mengapa? Ini kerana pertamanya, pakaian adalah keperluan asas setiap manusia yang beriman dan waras akal fikirannya. It's everybody's nature. Manusia memerlukan pakaian.


    Oleh itu, dalam melangkah ke alam perkahwinan, suami perlu menginsafi bahawa dia memerlukan isterinya, sama sepertimana ia memerlukan pakaian. Isteri turut merasakan bahawa ke mana sahaja ia pergi, pakaiannya itu adalah suaminya, maruahnya, harga diri dan imejnya. Yakinilah bahawa ianya merupakan pakaian yang termahal. Saiz, potongan, jenis kain dan fesyennya adalah ungkapan ' aku terima nikah' dan 'saya setuju menjadi isterinya'. Kita tidak akan merosakkan pakaian mahal yang kita miliki. Kita tidak akan menghantar pakaian itu ke laundrette, atau dibasuh dengan sebarang cara. Malah kita mempunyai cara tersendiri dalam melipat atau menggantung pakaian tersebut. Kita berbangga dengan pakaian itu, ianya dekat dan bersentuh dengan kulit kita, dan ianya kita pakai, jaga dan pelihara dan disimpan. Lebih lama ianya berada di wardrobe kita, lebih sayang dan terikat hati kita padanya. Walau mungkin saiz badan berubah, dan pakaian itu sudah tidak padan untuk dipakai dan digayakan, ianya tetap merupakan pakaian kesayangan kita. Sayang pada ketika itu, tidak lagi ditunjukkan dengan memakainya, ia dibuktikan dengan menjaga dan menyimpannya.



    Keduanya, al Quran mengumpamakan suami isteri sebagai pakaian kerana fungsi pakaian tersebut. Kita memakai pakaian atas tuntutan Ilahi untuk menutup keaiban tubuh badan. Bahagian yang kita tidak relakan atau mahukan orang yang tidak berhak melihatnya ditutup dengan pakaian yang bermaruah. Hatta jika mata itu lebam atau merah, kita menutupnya dengan pakaian tambahan seperti kaca mata hitam. Jika ada kecederaan dan luka pada lengan atau mana-mana bahagian badan, kita akan berusaha untuk menutupinya dengan pakaian atau aksesori tambahan. Begitulah seharusnya suami isteri. Sebagai pakaian, suami perlu berperanan untuk menutup keaiban isterinya, memelihara kekurangan isterinya, tidak dijaja dan dicanang keburukannya dan sentiasa ditinggikan nama baiknya dan dipertahankan kehormatannya. Isteri juga begitu, berusaha untuk menjadi pakaian kepada suami, dalam menutup kekurangan dan keaibannya, dipelihara maruahnya, dan dipelihara air mukanya. Jika ini ada, kita tidak nampak ada ruang untuk salah menyalah lebih dari kadarnya, pertengkaran hebat yang mengungkit kelemahan masing-masing, perlumbaan untuk memperlihatkan pasangannya adalah jauh lebih teruk daripadanya, dan sebagainya.


    Ketiga, pakaian itu adalah fesyen dan fesyen adalah pakaian. Tujuan berfesyen adalah untuk menaikkan lagi seri dan imej seseorang. Seseorang yang kurang dari sudut ketinggian atau rupa paras, terlalu banyak pilihan yang diberikan oleh pereka fesyen untuk menaikkan lagi imej orang tersebut. Penggunaan jenis tekstil, warna, corak dan sebagainya pada sebarang pakaian, mampu untuk menyerlahkan keterampilan seseorang atau pemakainya. Warna ini untuk warna kulit yang sebegini, corak ini sesuai untuk orang yang sebegini, begitulah seterusnya. Kerana itu, suami dan isteri berperanan untuk menjadi penyeri atau 'pereka fesyen' kepada pasangannya. Ia tidak sekadar keperluan agar suami dan isteri berada disisi seperti perlunya manusia pada pakaian, ia bukan cukup dengan sesuatu pakaian itu dipakai kerana tema tertentu atau sekadar menutup kekurangan dan keaiban, pakaian itu bertujuan untuk memperhebat dan memperindahkan pasangan, complementing each other. Isteri berasa bertanggungjawab dalam pemilihan pakaian yang membawa bersamanya air muka suami, suami bertanggungjawab memilih pakaian yang menyantun puji dan melestarikan kedudukan isteri.


    Sesungguhnya Allah itu indah, dan Dia amat sukakan keindahan dan kecantikan. Pakaian itu adalah sahabat manusia, sahabat kepada suami dan sahabat kepada isteri, dikala senang dan susah, kaya atau miskin. Indahkanlah pasangan dengan cinta, kerana apabila keretakan dan perceraian berlaku, ia bukan kerana hilangnya cinta, tetapi ia adalah kerana hilangnya persahabatan dengan 'pakaian' kita. Cinta itu sekali berputik, selamanya ada. Sekadar perkongsian..wallahualam..

    Monday, January 18, 2010

    Mohabbatein....


    cinta tanpa syarat...

    Cinta? apa itu cinta...em..tak pe..sedang cari idea.. (nanti kita sambung lagi)..cinta adalah perkataan yang indah. Dengan cinta akan menghasilkan banyak kebaikan yang melimpah andai cinta dibangun atas dasar kalimah Allah Taala. Namun sebaliknya andai cinta dibangun atas dasar nafsu semata akan menghasilkan keburukan  dan kefasadan. Dengan cinta akan mempengaruhi individu itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Namun, cinta kepada Allah segalanya.

    TeSis...teSis..


    Salam..semua..hari demi hari...waktu terus berlalu..usia semakin dewasa..dan sebagai pelajar tahun akhir di UTM ini..penulis merasakan banyak lagi tanggungjawab belum dapat dilaksanakan dengan baik. Tesisku yang bertajuk "Rukyatullah menurut pandangan ulama Kalam". Tajuk ni agak complicated..tapi alhamdulillah terima kasih kepada supervisor, PM Dr Ramli bin Awang yang amat-amat membantu dalam menyiapkan projek sarjana Muda in..Bab 1 hingga 3 tesisku banyak perlu dibaiki..ejaan, tanda koma, no halaman..dan banyak lagi..tidak mengapa..mudah-mudahan ia memberi nilai yang berguna pada penulis dan masyarakat masa akan datang... InshaAllah...setelah siap tesis ini  penulis publishkan di blog ini..inshaAllah..

    Friday, January 15, 2010

    Bumi Darussalam...Hikmah Kembara..



      Masjid Jame' Sultan Hassanal Bolkiah, Tutong, Brunei

    Alhamdulillah..penulis berkesempatan berziarah ke negara Brunei Darussalam pada 4 hingga 8 Januari lalu. Delegasi dari Fakulti Pendidikan seramai 48 orang. Antara tempat yang menjadi memori terindah kami adalah:



    • Universiti Brunei Darussalam



    • Universiti Islam Sharif Ali



    • Kolej Universiti Perguruan Islam (KUPU)

    Sebagai pelajar Fakulti Tamadun Islam, UTM..kami berperanan untuk turut serta bagi sesi dialog bersama pensyarah dan wakil  universiti2 ini. Alhamdulillah..banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan antaranya:

    • Bahasa pengantar yang digunakan (hebat juga bahasa Arab di sana...)
    • Bilangan pelajar di sana sedikit (maksimum 300+)
    • Kualiti pelajar amat dititikberatkan
       Masjid Universiti Brunei Darussalam
      Pejabat Mufti Darul Ifta' dan Irsyad Fatwa..
      Sebahagian Pensyarah dari Universiti Islam Sharif Ali..
      KUPU..
      Sesi dialog pensyarah UNISSHA dan pelajar Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai
    Perasaan gembira dan syukur apabila berada lima hari di negara bertuah yang kaya...di bawah pemerintahan Sultan yang mewarisi darah Rasulullah s.a.w...Sultan Hassanal Bolkiah, menurut pegawai Darul Ifta'. Baginda sultan juga gemar mempraktikkan sunnah antaranya menggunakan tongkat ketika menghadiri majlis-majlis keramaian. Di darul ifta' juga terdapatnya beratus mashaf-mashaf Al-Quran dari dalam dan luar negara dan tongkat baginda sultan (hampir 300 lebih..mungkin)..to be continue..
    Di bandar Seri Begawan, tiada kelihatan motor..hari kedua penulis di sana..barulah kelihatan motor (berkuasa tinggi warna biru) di jalan raya..kebanyakan rakyat Brunei memiliki kereta import..antaranya Suzuki Swift, Honda Oddessy..dan pelbagai lagi. Di sini penulis ingin berkongsi budaya yang diamalkan oleh rakyat Brunei. Mereka amat disiplin dalam etika kerja. Dari staff tinggi hinggalah staff bawahan. Kita dapat merasakan biah yang diamalkan amat berbeza..Contohnya, staff di Royal Brunei  yang sempat kami temuramah berkongsi tentang islam..satu pendekatan dakwah yang baik. Kami berkongsi tentang gejala buang bayi misalnya..Di Brunei pada tahun lepas, kes yang dilaporkan hanya 2 kes sahaja (wallahualam)..Semoga Allah merahmatinya..ini sedikit perkongsian dari diri penulis..wallahualam

    Salam..semua kenalan..mari singgah..



    "الله ربي"

    Assalamualaikum..semua.ini blog  pertama penulis. Kepada ahli keluarga, sahabat2, kenalan lama sudi-sudilah, terima kasih kepada insan teristimewa dihati  penulis yang sudi meluangkan masa untuk meng"create" blog ni..Jazakallahu khairu jaza'..Semoga Allah merahmatimu..ameen

    Tuesday, January 12, 2010

    Satu Kelahiran ; Selamat Hari Lahir Ke-24



    Assalamualaikum Wbt...
    Selamat hari lahir yang ke-24, buat tunangku Samira binti Abdul Rashid. Semoga kamu dirahmati dan dilindungi Allah. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan bermanfaat kepada orang lain. Semoga kehidupan kamu diberkati oleh Allah. Barakalla Allahu Laki..