Saturday, January 23, 2010

Irhamna..Ya Allah





Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu


Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh ya Rohman ya Rohim


Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya allah ya rahman ya rahim


Ya Allah ya Rahman ya Allah ya Rahim
Ya Allah...

(lagu favourite..): OpIck..




Cinta itu sekali berputik, selamanya ada ...






Penulis terjumpa artikel ini dari blogspot Ustaz Erfino ..ianya mungkin boleh kita kongsikan bersama..mudah-mudahan ada manfaatnya..


Sesungguhnya cinta itu, sekali ia hadir dihati, ia tidak akan hilang. Pelbagai perumpaan diberikan untuk suami isteri..Dalam pelbagai bentuk perumpamaan yang boleh diutarakan, Quran mengajukan konsep pakaian. Mengapa? Ini kerana pertamanya, pakaian adalah keperluan asas setiap manusia yang beriman dan waras akal fikirannya. It's everybody's nature. Manusia memerlukan pakaian.


Oleh itu, dalam melangkah ke alam perkahwinan, suami perlu menginsafi bahawa dia memerlukan isterinya, sama sepertimana ia memerlukan pakaian. Isteri turut merasakan bahawa ke mana sahaja ia pergi, pakaiannya itu adalah suaminya, maruahnya, harga diri dan imejnya. Yakinilah bahawa ianya merupakan pakaian yang termahal. Saiz, potongan, jenis kain dan fesyennya adalah ungkapan ' aku terima nikah' dan 'saya setuju menjadi isterinya'. Kita tidak akan merosakkan pakaian mahal yang kita miliki. Kita tidak akan menghantar pakaian itu ke laundrette, atau dibasuh dengan sebarang cara. Malah kita mempunyai cara tersendiri dalam melipat atau menggantung pakaian tersebut. Kita berbangga dengan pakaian itu, ianya dekat dan bersentuh dengan kulit kita, dan ianya kita pakai, jaga dan pelihara dan disimpan. Lebih lama ianya berada di wardrobe kita, lebih sayang dan terikat hati kita padanya. Walau mungkin saiz badan berubah, dan pakaian itu sudah tidak padan untuk dipakai dan digayakan, ianya tetap merupakan pakaian kesayangan kita. Sayang pada ketika itu, tidak lagi ditunjukkan dengan memakainya, ia dibuktikan dengan menjaga dan menyimpannya.



Keduanya, al Quran mengumpamakan suami isteri sebagai pakaian kerana fungsi pakaian tersebut. Kita memakai pakaian atas tuntutan Ilahi untuk menutup keaiban tubuh badan. Bahagian yang kita tidak relakan atau mahukan orang yang tidak berhak melihatnya ditutup dengan pakaian yang bermaruah. Hatta jika mata itu lebam atau merah, kita menutupnya dengan pakaian tambahan seperti kaca mata hitam. Jika ada kecederaan dan luka pada lengan atau mana-mana bahagian badan, kita akan berusaha untuk menutupinya dengan pakaian atau aksesori tambahan. Begitulah seharusnya suami isteri. Sebagai pakaian, suami perlu berperanan untuk menutup keaiban isterinya, memelihara kekurangan isterinya, tidak dijaja dan dicanang keburukannya dan sentiasa ditinggikan nama baiknya dan dipertahankan kehormatannya. Isteri juga begitu, berusaha untuk menjadi pakaian kepada suami, dalam menutup kekurangan dan keaibannya, dipelihara maruahnya, dan dipelihara air mukanya. Jika ini ada, kita tidak nampak ada ruang untuk salah menyalah lebih dari kadarnya, pertengkaran hebat yang mengungkit kelemahan masing-masing, perlumbaan untuk memperlihatkan pasangannya adalah jauh lebih teruk daripadanya, dan sebagainya.


Ketiga, pakaian itu adalah fesyen dan fesyen adalah pakaian. Tujuan berfesyen adalah untuk menaikkan lagi seri dan imej seseorang. Seseorang yang kurang dari sudut ketinggian atau rupa paras, terlalu banyak pilihan yang diberikan oleh pereka fesyen untuk menaikkan lagi imej orang tersebut. Penggunaan jenis tekstil, warna, corak dan sebagainya pada sebarang pakaian, mampu untuk menyerlahkan keterampilan seseorang atau pemakainya. Warna ini untuk warna kulit yang sebegini, corak ini sesuai untuk orang yang sebegini, begitulah seterusnya. Kerana itu, suami dan isteri berperanan untuk menjadi penyeri atau 'pereka fesyen' kepada pasangannya. Ia tidak sekadar keperluan agar suami dan isteri berada disisi seperti perlunya manusia pada pakaian, ia bukan cukup dengan sesuatu pakaian itu dipakai kerana tema tertentu atau sekadar menutup kekurangan dan keaiban, pakaian itu bertujuan untuk memperhebat dan memperindahkan pasangan, complementing each other. Isteri berasa bertanggungjawab dalam pemilihan pakaian yang membawa bersamanya air muka suami, suami bertanggungjawab memilih pakaian yang menyantun puji dan melestarikan kedudukan isteri.


Sesungguhnya Allah itu indah, dan Dia amat sukakan keindahan dan kecantikan. Pakaian itu adalah sahabat manusia, sahabat kepada suami dan sahabat kepada isteri, dikala senang dan susah, kaya atau miskin. Indahkanlah pasangan dengan cinta, kerana apabila keretakan dan perceraian berlaku, ia bukan kerana hilangnya cinta, tetapi ia adalah kerana hilangnya persahabatan dengan 'pakaian' kita. Cinta itu sekali berputik, selamanya ada. Sekadar perkongsian..wallahualam..

Monday, January 18, 2010

Mohabbatein....


cinta tanpa syarat...

Cinta? apa itu cinta...em..tak pe..sedang cari idea.. (nanti kita sambung lagi)..cinta adalah perkataan yang indah. Dengan cinta akan menghasilkan banyak kebaikan yang melimpah andai cinta dibangun atas dasar kalimah Allah Taala. Namun sebaliknya andai cinta dibangun atas dasar nafsu semata akan menghasilkan keburukan  dan kefasadan. Dengan cinta akan mempengaruhi individu itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Namun, cinta kepada Allah segalanya.

TeSis...teSis..


Salam..semua..hari demi hari...waktu terus berlalu..usia semakin dewasa..dan sebagai pelajar tahun akhir di UTM ini..penulis merasakan banyak lagi tanggungjawab belum dapat dilaksanakan dengan baik. Tesisku yang bertajuk "Rukyatullah menurut pandangan ulama Kalam". Tajuk ni agak complicated..tapi alhamdulillah terima kasih kepada supervisor, PM Dr Ramli bin Awang yang amat-amat membantu dalam menyiapkan projek sarjana Muda in..Bab 1 hingga 3 tesisku banyak perlu dibaiki..ejaan, tanda koma, no halaman..dan banyak lagi..tidak mengapa..mudah-mudahan ia memberi nilai yang berguna pada penulis dan masyarakat masa akan datang... InshaAllah...setelah siap tesis ini  penulis publishkan di blog ini..inshaAllah..

Friday, January 15, 2010

Bumi Darussalam...Hikmah Kembara..



  Masjid Jame' Sultan Hassanal Bolkiah, Tutong, Brunei

Alhamdulillah..penulis berkesempatan berziarah ke negara Brunei Darussalam pada 4 hingga 8 Januari lalu. Delegasi dari Fakulti Pendidikan seramai 48 orang. Antara tempat yang menjadi memori terindah kami adalah:



  • Universiti Brunei Darussalam



  • Universiti Islam Sharif Ali



  • Kolej Universiti Perguruan Islam (KUPU)

Sebagai pelajar Fakulti Tamadun Islam, UTM..kami berperanan untuk turut serta bagi sesi dialog bersama pensyarah dan wakil  universiti2 ini. Alhamdulillah..banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan antaranya:

  • Bahasa pengantar yang digunakan (hebat juga bahasa Arab di sana...)
  • Bilangan pelajar di sana sedikit (maksimum 300+)
  • Kualiti pelajar amat dititikberatkan
     Masjid Universiti Brunei Darussalam
    Pejabat Mufti Darul Ifta' dan Irsyad Fatwa..
    Sebahagian Pensyarah dari Universiti Islam Sharif Ali..
    KUPU..
    Sesi dialog pensyarah UNISSHA dan pelajar Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai
Perasaan gembira dan syukur apabila berada lima hari di negara bertuah yang kaya...di bawah pemerintahan Sultan yang mewarisi darah Rasulullah s.a.w...Sultan Hassanal Bolkiah, menurut pegawai Darul Ifta'. Baginda sultan juga gemar mempraktikkan sunnah antaranya menggunakan tongkat ketika menghadiri majlis-majlis keramaian. Di darul ifta' juga terdapatnya beratus mashaf-mashaf Al-Quran dari dalam dan luar negara dan tongkat baginda sultan (hampir 300 lebih..mungkin)..to be continue..
Di bandar Seri Begawan, tiada kelihatan motor..hari kedua penulis di sana..barulah kelihatan motor (berkuasa tinggi warna biru) di jalan raya..kebanyakan rakyat Brunei memiliki kereta import..antaranya Suzuki Swift, Honda Oddessy..dan pelbagai lagi. Di sini penulis ingin berkongsi budaya yang diamalkan oleh rakyat Brunei. Mereka amat disiplin dalam etika kerja. Dari staff tinggi hinggalah staff bawahan. Kita dapat merasakan biah yang diamalkan amat berbeza..Contohnya, staff di Royal Brunei  yang sempat kami temuramah berkongsi tentang islam..satu pendekatan dakwah yang baik. Kami berkongsi tentang gejala buang bayi misalnya..Di Brunei pada tahun lepas, kes yang dilaporkan hanya 2 kes sahaja (wallahualam)..Semoga Allah merahmatinya..ini sedikit perkongsian dari diri penulis..wallahualam

Salam..semua kenalan..mari singgah..



"الله ربي"

Assalamualaikum..semua.ini blog  pertama penulis. Kepada ahli keluarga, sahabat2, kenalan lama sudi-sudilah, terima kasih kepada insan teristimewa dihati  penulis yang sudi meluangkan masa untuk meng"create" blog ni..Jazakallahu khairu jaza'..Semoga Allah merahmatimu..ameen

Tuesday, January 12, 2010

Satu Kelahiran ; Selamat Hari Lahir Ke-24



Assalamualaikum Wbt...
Selamat hari lahir yang ke-24, buat tunangku Samira binti Abdul Rashid. Semoga kamu dirahmati dan dilindungi Allah. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan bermanfaat kepada orang lain. Semoga kehidupan kamu diberkati oleh Allah. Barakalla Allahu Laki..