Tuesday, August 24, 2010

Rahsiaku dengan-Mu..

Alhamdulillah..telah lama tidak mencoret sesuatu. Kini hampir  separuh Ramadhan berlalu meninggalkan kita..sebagai hambaNya..untuk melaksanakan kebaikan..hanya Dia sahaja yang layak menilainya..kewajipan ini menuntut kita jadikan madarasah Ramadhan ini sebagai memperbaiki hubungan diplomasi kita dengan Allah Taala. Dan moga-moga menjadikan kita hamba yang muttaqin. Benarlah di dalam firmanNya di dalam ayat 183 daripada surah al-Baqarah:


Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.

Hubungan diplomasi dengan Allah Taala lah yang paling utama berbanding yang lainnya. Dan  sewajibnya menjadikan kita berusaha melipat-gandakan apa jua bentuk maaruf di bulan yang penuh barakah ini. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita nikmati walaupun kita berbeza usia. Moga-moga Allah Taala melimpahkan rahmat,maghfirah dan barakah di bulan Ramadhan ini..wallahualam..

Friday, July 23, 2010

Kelebihan Puasa Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban



Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Thursday, June 24, 2010

Secreto de Pizza...

Erm...apa kata survey...

Salam semua..erm..sejak jadi surirumah sepenuh masa ni..kita kna kreatif..Tiba2 terasa nak makan pizza lah...menarik tentang Secreto de Pizza ni:
  1. Setelah 10thn...doh ni ok skit..kira agak lembut..
  2. Antara bahan asas adalah daun selasih ( Basil dlm English..). Pokok Selasih ni baru2 ni tiba2 tumbuh depan rumah...myb benihnya dibawa oleh burung @angin lalu...Subhanallah
  3. Sos pizza ni dibuat sendiri...secret recipe...caya tak?....aiwah..
  4. Salah satu jenis cheese yang digunakan..adalah Feta Cheese..dari Saudi Arabia..Waktu di Madinah.terasa nak rasa lah cheese Arab ni...so, belilah ada kedai kecil kat bawah Hotel Syarq Manazeli...just try n test...tp cheese ni agak pahit n masam...(halal)..
  5. Last sekali...ayah ibu kata...jom kita buat lagi..kat kampung... nak balik Melaka...
 Ok...ni sahaja...nanti kita hantar pizza ni untuk keluarga di JB...dan someone di Cairo tu..ilal liqa;.wassalam

"Cook is Fun"

Sunday, May 30, 2010

Umrah Pertama....2010


Umat Islam baru pulang dari Solat Jumaat...ramainya..

Gambar ini diambil ketika sesi lawatan sekitar Masjidil Haram yang dikendalikan oleh pelajar Universiti Ummul Qurra..bersama pelajar UTM..
Kaabah di malam Khamis..

Telaga Cincin yang berdekatan dengan Masjid Quba'..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Allah Taala..dengan limpah kurniaNya..kita masih dipinjamkan nyawa oleh Yang Maha Agung..Bismillahi Allahu Akbar..Allahu Akbar..Setelah beberapa hari pulang dari Tanah Haram..terasa rindu pula..untuk kembali lagi ke sana..inshaAllah..ada rezeki..mudah-mudahan..dan saya pasti sahabat-sahabat yang bersama Ekspedisi Arab Saudi (Es-Globe UTM 2010). Ekspedisi ini bermula 15 Mei hingga 25 Mei 2010....hanya linangan airmata apabila dapat melihat cahaya Masjid Nabawi dan Baitullah..jutaan terima kasih kepada semua individu yang sudi menyumbang kepada program ini..hanya Allah yang layak membalasnya..di sini saya ada sertakan beberapa gambar untuk tatapan bersama..mudah-mudahan ada manfaatnya..

Syukurku padaMu memilih diri ini menjadi tetamuMu...semoga kita semua akan berpeluang lagi untuk menjadi tetamuNya lagi..ameen..

Friday, May 7, 2010

The Arrivals...


Salam..entri kali ini ingin dikongsi..wakeuproject.com yang menceritakan tentang dunia akhir zaman serta tipu muslihat dajjal, syaitan dan kuncu-kuncunya...cuma sekarang belum kesempatan untuk habiskan semua siri...tengah tunggu seseorang tu nak bagi semua siri katanya. (bila la tu..hi..).apapun semoga ada manfaatnya bagi kita semua..mudah2an

Thursday, May 6, 2010

My Amazing Mothers....



 Salam..daku hampir terlupa akan hari Ibu pada 9 Mei ini..dan entri khas ini kutujukan kepada ibuku,Puan Hadijah binti Said  dan mama(bakal ibu mertuaku),Puan Abidah binti Murat..kalian adalah insan teristimewa di dunia ini bagi diriku ..tiada terkata pengorbanan kalian terhadap kami yang bergelar anak-anak..berkorban apa saja demi anak-anak tercinta..andai diri ini telah sengaja atau tidak sengaja melukai hati kalian..ampunkanlah daku..kudoakan agar Allah memberikan kesihatan yang baik, memurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati Allah di dunia dan akhirat..ameen Ya Rabb...Salam sayang untuk ibu dan mama..Selamat Hari Ibu..kuucapkan..kata-kata  ini kutujukan buat kalian berdua..

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…
After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing

Tuesday, May 4, 2010

Taman Firdausi...




Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang diberikan..sebagai hamba Allah sewajibnya kita berusaha untuk mencapai mardhatillah...di dunia dan akhirat. Tetapi bukan mudah kerana ianya memerlukan usaha yang berlipat ganda dan berterusan..Fastaqim kama umirta..kita hanya insan biasa yang lemah tetapi kita memiliki Pencipta Yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat, Allah Taala...untuk kita meneruskan kehidupan kita..dan impian kita adalah Taman Firdausi..ameen Ya Rabb..semoga Allah Taala mengampuni diri kita, ibu bapa kita , orang yang kita sayang, saudara mara, guru-guru kita dan seluruh umat Islam ameen..