Friday, March 19, 2010

1 April 2010...Hari yang dinanti..

Alhamdulillah..nama penilai viva sudahku terima iaitu:
  • Ustaz Azmisyah bin Suratman (tapi sebelum ni...ustaz...hu, seramnye..)
  • Dr. Mohd Ismail bin Musytari
Apapun..inshaAllah..daku akan lakukan yang terbaik dan rabbuna yusahhil untuk diriku dan semua sahabat2 perjuangan..ameen..inshaAllah..

Tajuk                    : Rukyatullah menurut ulama Kalam
Nama Penyelia     : PM Dr. Ramli bin Awang
 ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hujah Ulama Kalam mengenai Rukyatullah. Aspek yang dikaji adalah berkaitan konsep Rukyatullah menurut ulama Kalam samaada Allah boleh atau tidak boleh dilihat di dunia atau di akhirat. Pandangan ulama Kalam dibataskan kepada tiga aliran: iaitu ulama Asya  'irah (Ahli Sunnah Wal Jamaah), Muktazilah dan Syiah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metodologi pengumpulan dan analisis data. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasikan secara sistematik hujah atau alasan ulama Kalam tentang Rukyatullah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada nas yang qat’i mengenai melihat Allah. Sementara Ulama Kalam berselisih pendapat mengenainya. Ahli Kalam Sunni menetapkan kemungkinan Allah boleh dilihat di dunia dan boleh  dilihat dengan mata kepala ketika di akhirat (syurga), manakala ahli Kalam Muktazilah dan Syiah menafikan Allah boleh dilihat sama ada di dunia ataupun di akhirat. Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Muslimin bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kaitan ilmu pemikiran Islam dengan perkembangan akidah serta dapat menjadi rujukan kepada pendakwah. Selain dapat menambahkan khazanah pemikiran intelektual islam dalam kalangan umat.

2 comments:

Anonymous said...

Perlu diingatkan secara resminya seperti dalam edaran surat masih kekal nama hu tu, jika tidak ada pertikaian kepentingan, tunggu sahaja hu itu...jangan jadi ha, hi, hu sudahlah, ha, ha, ha.

Samira Abdul Rashid said...

em..gane ye..kompius ni..

Post a Comment