Friday, March 5, 2010

Kasihku padamu...


Menu 1-Tomyam  Mak Jah ( saya (konon je..) dan ibu...masak .(Johan pertandingan memasak Jabatan Pertanian 2009..he)
Menu 2: Ayam  Paprik Idaman...menyelerakan tak?
Ibu...nama yang sering disebut..bila sahaja seorang anak menyebut nama ini..akan getar hatinya..kerana terkenangkan  jasa dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingnya. Adakah semua anak akan merasa begini pada ibunya..Tapi sejauh mana hati kita mampu memberi yang terbaik setiap perkara yang kita lakukan untuk ibu atau mama atau mak kita? Alhamdulillah..seharusnya kita harus bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana kita dikurniakan seorang ibu untuk kita menumpang kasih..Mungkin ada insan yang tidak berpeluang sebagaimana nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... ya..ada.. Masih teringat lagi ketika diri ini waktu kecil..ibuku seorang surirumah..aku di darjah 1..aku tidak mahu ke sekolah kerana aku berpuasa..terasa amat letih dengan tubuh kecilku ketika itu..tetapi ibuku yang memberi semangat untuk ke sekolah di bawah matahari yang terik..kami bersama menyusur jalan..sambil ibuku membawakan payung dan mendukung adikku yang kecil..waktu itu..semoga Allah merahmatimu..Ibu..Banyak kenangan bersama ibu..akan aku ceritakan lagi..kepada insan yang kucintai nanti..wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Ibu adalah insan yang sentiasa berusaha untuk mencukupi semua kehendak anak-anaknya, seawal pagi bangun untuk apa? ibu menyediakan segalanya dan anak-anak bangun hanya untuk mendapatkannya, pakaian, makanan dan entah apa lagi ibu telah sediakan, ayah juga sama menikmati apa yang telah ibu sediakan, sekian lamanya ibu telah melakukan tanpa jemu dan bosan, itulah anugrah ilahi yang tidak ternilai, tapi apakah ibu telah lama dimengertikan? kadang-kadang ibu disayangi bila diperlukan, apakah ini wajar buat seorang ibu? ibu mencurahkan tenaga tanpa henti mengalir terus dan kadang-kadang sederas air di kali.

Anonymous said...

Jadilah kalian anak yang sangat tinggi pengertiannya kepada ibu, ibu sekian lama mendorong kita untuk berjaya, ibu sehabis daya menggalakan kita, ibu juga telah selesai tanggungjawabnya, apakah kita masih lagi meminta sesuatu dari ibu? adakah kita sanggup memberikan ganjaran diatas usaha dan kerja ibu kepada kita? dalam diam kitalah insan yang banyak lagi arahan-arahan yang kita kehendaki untuk ibu, benarlah kata nabimu itu "syurga berada dibawah telapak kaki ibu".

Post a Comment